LEBUHRAYA KARAK
Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak
adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan Kuala Lumpur
dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong
di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands.
Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya dua lorong bertol sebelum
dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997.
Lebuhraya persekutuan 2 lorong
Lebuhraya Karak pada asalnya dibina pada tahun-tahun 1970an oleh
kerajaan Malaysia sebagai alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong
(Laluan Persekutuan ) yang sempit dan bengkang-bengkok. Lebuhraya ini
juga adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 2 (jangan terkeliru
dengan Lebuhraya Persekutuan). Lebuhraya tersebut mempunyai sebuah
terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan
raya pertama dibina di Malaysia.
Walau bagaimanapun, kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah agak mahal
bagi Malaysia pada masa itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah
negara pertanian pada masa tersebut. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk
menjadikan Lebuhraya Karak sebagai jalan raya tol bagi membantu
mendapat pulangan bagi kos pembinaan. Hasilnya, 2 plaza tol dibina di
Gombak dan Bentong dan lebuhraya tersebut diletakkan di bawah
pentadbiran Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lebuhraya ini dibuka kepada lalu
lintas pada tahun 1977.
Lebuhraya ekspres berbilang lorong
Kepentingan Lebuhraya Karak sebagai laluan utama dari Kuala Lumpur ke
negeri-negeri pantai timur menyebabkan kerajaan mengambil keputusan
untuk menaik taraf jalan raya 2 lorong tersebut kepada lebuhraya ekspres
penuh berbilang lorong dengan membina satu lagi laluan tambahan
bersebelahan dengan laluan asal. Dengan itu, lebuhraya tunggal 2 lorong
tersebut dinaiktaraf menjadi sebuah lebuhraya berkembar dengan 6 lorong
(3 lorong pada setiap hala) di bahagian antara Kuala Lumpur dan
Persimpangan Genting Highlands dan 4 lorong (2 lorong di setiap hala)
pada bahagian selebihnya.
Kerja-kerja menaik taraf termasuk pembinaan terowong kedua di sebelah
terowong asal bagi membolehkan tambahan 2 lorong bagi lalu lintas arah
timur, pembesaran plaza tol Gombak dan Bentong serta pembinaan
persimpangan bertingkat bagi menggantikan simpang biasa. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa simpang yang tidak dapat dinaik taraf
kepada persimpangan bertingkat disebabkan faktor geografi, maka beberapa
pusingan-U dibina bagi membolehkan kenderaan dari arah bertentangan
dapat keluar masuk ke simpang tersebut. Kerja-kerja menaik taraf selesai
pada tahun 1997.
MTD Prime memegang konsesi Lebuhraya Karak serta Lebuhraya Pantai Timur.
Lebuhraya Karak diberi kod setelah kerja naik taraf selesai,
menyebabkan lebuhraya ini mempunyai 2 kod laluan. Akibatnya, sesetengah
peta melabelkan Lebuhraya Karak sebagai manakala sesetengah peta yang
lain pula melabelkannya sebagai Laluan Persekutuan . Walau apa pun kod
laluan yang digunakan, kedua-duanya boleh digunakan bagi mewakili
Lebuhraya Karak memandangkan lebuhraya itu sendiri adalah sebahagian
daripada Laluan Persekutuan
KESELAMATAN
Sebagaimana jalan raya pergunungan yang lain, Lebuhraya Karak juga
menghadapi risiko tanah runtuh terutamanya pada musim hujan. Oleh itu,
pemandu dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan pergunungan
termasuklah Lebuhraya Karak pada musim hujan bagi mengelakkan risiko
tanah runtuh selain jalan penglihatan yang terhad. Had laju lebuhraya ini adalah 90 km/j. Bukan 110 km/j ye.
Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).
MAKA TERSEBUTLAH KISAH….
1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di
mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku
pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan
10 biji kereta.
2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga
lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah
kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3. Volkswagen kuning
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong
kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata
jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga….. Dan apa yang
menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa
itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je
wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni
dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita
ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah
pemandu kereta itu dan talian terus putus….
4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut
dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak,
berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin
menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama,
Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai,
31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau
kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam
Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer
35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di
pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami
masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta
ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila
tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini
terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
Jalan Karak LAMA
1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan
cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi
jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak
ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama
tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting
sempah(petronas).
2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas
ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu
disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah
balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada
satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9
mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya
sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas
tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong
penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di
Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok
dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.
4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan
Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan
daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat
Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang
bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan
pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki
kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan
lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai
kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di
dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa
tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging
pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan
mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang
semuanya lengkap.
6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si
suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri
tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang
kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan
terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila
dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang
memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan
anggota badannya hancur!
Cerita tegak bulu roma tak pasti kesahihannya. Wallahualam.
Sumber : CariGold Forum
seram sekali
ReplyDeleteJudi Online
Judi Bola
Taruhan Bola Online
Agen Judi Bola
Ok
ReplyDeletela
seram ...
ReplyDeleteIni mcm cerita seram kelakar je, tpi menarik
ReplyDeleteIni mcm cerita seram kelakar je, tpi menarik
ReplyDeleteCerita penipu aku tidak akan percaya sedikitpun...
ReplyDeleteSob nitip backlink yah ^_^ salam kenal
ReplyDeleteDISTRIBUTOR RESMI HWI | Frutablend | Glucella | CMP | WMP | Dtozym | Bisnis HWI
Rumah Cantik HWI
Info Kesehatan & Kecantikan
Cantik
Langsing
Gemuk
Bisnis
Sehat
soram boss
ReplyDelete
ReplyDeleteHi kak, bagi kakak yang menyukai permainan togel. Kini sudah hadir situs togel online yang benar-benar bayar.
Sumber prediksi : http://bocoran-togel.com
Situs Resmi : http://togelmandiri.com
prediksi togel
prediksi togel online
bandar togel online
situs togel online
Terima kasih.
WINENLOSE
ReplyDeleteBONUS BOLA CASINO
PREDIKSI BOLA
PIALA DUNIA 2018
Prediksi Skor Manchester City Vs Swansea 22 April 2018
Prediksi Skor Stoke City Vs Burnley 22 April 2018
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/07/taipanqq-7-manfaat-dari-ciuman-yang.html
ReplyDeleteTaipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong