Bukanlah maksud saya nak takutkan korang sume,tapi saya nie pun cuma nak
berkongsi dengan korang jer..Mana la tau,adik,kak,abang,atau anak-anak
anda sambung belajar atau kerja di Shah Alam nie,nak beli rumah atau nak
sewa rumah di Shah Alam kan?So lebih baik saya share kepada korang
daripada saya simpan sorang dan duk diam jer betul tak?Dan saya yakin
ramai dikalangan korang nie dah tau antara rumah-rumah yang popular
(berhantu) di Shah Alam,contohnya macam rumah di seksyen 12.Yup,yang tu
memang la,memang dah rumah tinggal pun,takde orang dan orang takkan jual
dan bagi sewa kat sesiapa dah.Tapi masih ada rumah-rumah yang owner dah
tinggalkan,dan bagi sewa kepada student-student dan penyewa-penyewa
lain.Mari saya sharekan disini beberapa buah rumah dan sedikit details
tentangnya :
1.Banglo Kayangan,seksyen 12 Shah Alam
Ok korang,rumah nie,macam yang korang tengoklah,memang owner dia,tuan
tanah ke sapa-sapa ke memang takkan bagi sewa la kat korang.Yang nie
korang tak perlu risau,kalau ada orang nak bagi sewa pun,korang takkan
la nak duduk rumah macamni kan?Bango ini dikenali sebagai Banglo
Kayangan,terletak di seksyen 12 Shah Alam.Ramai orang cakap rumah ni
rumah Mona Fandey,tapi maaf,saya takde bukti kukuh tentang rumah ni sape
punya.Banyak sangat dah versi cerita tentang rumah nie.Ada orang cerita
rumah nie dulu terbakar,orang gaji mati kat dapur,ada orang cerita anak
owner rumah ni mati kat buaian dan macam-macam lagi.So pandai-pandai la
korang buat research balik.
2.Rumah RM50,Seksyen 2,Shah Alam
Tentang rumah ini pula,terletak di seksyen 2 Shah Alam,cerita
mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga
bekas pelajar UiTM (baca kat bawah nanti).Beliau menceritakan bagaimana
sengsaranya dikacau di dalam rumah itu.Walaupun mereka hanya tinggal di
rumah itu sehari,tetapi banyak perkara yang mereka lalui.Tidak hairanlah
owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk
rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk
barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2
tingkat..Ishhk ada ke??
3.Seksyen 2,Shah Alam (Dah roboh kot)
Rumah lama dahulu penghuninya India,ditinggalkan lewat 80an,jiran2
sekeliling selalu nampak lembaga hitam keluar masuk rumah.Rumah ni
pernah masuk dalam rancangan Pemburu Hantu.Mula-mula berlagak terer,bila
terjumpe masing-masing lari.
4.Rumah tepi Sirim,Seksyen 2,Shah Alam
Komen daripada owner gambar : Haa yg ini special, penghuni original
(chinese family) dok rumah ni sekitar lewat 70s, lepaih tu ada tragedi
yg terjadi, aku pun tak suka nak cerita benda2 tak elok ni, rumah
tersebut dibiarkan sekian lama, lepaih satu satu penyewa masuk/keluar
sebab tak tahan asyik kena dok kacau je, bila Al-Arqam menyewa rumah
tersebut, depa dok ramai2 dlm banglo tu.. bangun pagi, badan ada yg
calar-balar, ada yg kena pindahkan tempat lain,bila start 11 onwards
bunyi riuh satu rumah mcm ada party.. etc, lepas tu kosong balik, lepaih
tu..rumah tersebut dibuat tempat belajar english language, dan akhirnya
ditukar kepada pejabat, dan telah diubah-suai berberapa kali, jadi staf
dtg pkl 7am, 7pm mesti dah takda org kat dlm tu, aku nasihat kalau nak
usha tmpt ni jgn la p malam, sbb ramai p malam(padahal usha kat luaq ja)
balik rumah depa demam, its no joke OK.
Mungkin korang pernah ternampak rumah-rumah nie masa driving ke??Memang pernah kan?
Kalau korang nak tahu,Seksyen 2,Seksyen 1(UiTM),Tasik,Kompleks PKNS
adalah penempatan/pembangunan yang paling awal kat shah alam ni,bermula
naik dengan ITM awal 1970an,Tasik Shah Alam adalah tasik buatan
manusia,dulu hutan dan kelapa sawit bertanah gambut,Pusat Shah Alam ni
dulu hutan berbukit bukau.So korang faham-faham dan fikir dua kali la
kalau nak duduk rumah-rumah yang dah lama kosong tu yea??
Dan yang paling penting,selalu mengingati Pencipta kita,kerana Dia lah
yang Maha Kuasa yang telah mencipta kita dan makhluk-makhluk lain di
sekeliling kita.
Cerita Rumah Sewa RM50 Seksyen 2 Shah Alam. - kisah seram nih tidak dapat di pastikan kesahihannya. Wallahu a'lam.
9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So,
perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku
tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada
aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah
berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang
tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah.
Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja
la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best,
suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas
barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua.
Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu”
merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun
untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam
toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak,
tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak
kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt
keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah
bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada,
habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci
siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang
saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia
pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari
kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi
tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku
sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa
lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku
tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang
tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm
dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah
ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk
bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah
jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia
tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol
bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu
and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya
bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi
pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak?
Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku
lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu
member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku
seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah
duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau.
Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang
ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang
sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun
kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang
cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi.
Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer
dengan kain pelikat saja. Mahu tak mahu terpaksalah juga kitorang masuk
ruma tu balik sebab nak ambil seluar, wallet dan kunci motor.
Oleh sebab bilik si Bob dengan Naim saja yang berada di bawah, maka
kitorang decide untuk pinjam baju and suar dia. Masing-masing takut nak
naik tingkat atas. Wallet aku pun tinggal. Masing-masing pakat guna duit
Naim dulu. Nasib baik kunci motor kitorang sangkut pada dinding [tempat
penyangkut]. Masa nak keluar dari rumah tu, Wak pula perasan ada budak
perempuan di pintu dapur tengah senyum sambil lambai tangan pada dia.
Yang aku pula boleh terperasan budak tu juga sebab aku tengok muka Wak
dah kejung campur pucat lesi. Sekali budak tu senyum rasa macam nak
terkincit dalam suar la… Kepala lutut aku menggigil sampai di restoran
Hakim!!!
Setibanya kitorang di restoran Hakim, masing-masing sibuk buka cerita
termasuk aku sekali. Mula-mula Wak cerita, malam tu lebih kurang pukul
12 pagi lebih, dia sibuk download lagu tetiba ada bunyi macam orang
baling batu pada tingkap bilik dia. Bila dia jengok, dia nampak ada
seorang perempuan duduk di atas pokok kayu Ara sebelah rumah tu, pakai
baju putih kekuningan, koyak-koyak dan rambut panjang. Yang sadisnya,
perempuan hodoh tu boleh senyum pula pada dia. Wak ni apa lagi tutup
tingkap bilik dia dan terus keluar untuk pergi ke bilik aku kononnya.
Malangnya, lagi seekor hantu pula duduk depan pintu bilik dia tapi kali
ni hantu budak. So, dia ambil keputusan terjun dari tingkap bilik dia ke
bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik tak patah.
Azmi “dagu” pula cerita yang dia nampak ada budak perempuan lambai
tangan pada dia [yang ni, aku pun kena juga ok]. Aku confirm yang budak
ni buhkan manusia sebab aku tengok kaki dia tak ada!! Sam pula cerita
dia nampak hantu tu pada siling rumah! Bila buka mata saja, hantu tu
betul-betul “eye to eye” dengan dia. Kiranya masing-masing semua kena
kacau la ni. Dan aku orang last yang cerita.
Aku cakap la yang aku kena tarik dua-dua kaki masa tidur sampai
kepala aku terhentak pada lantai. Lepas itu aku cakap la yang aku nampak
diorang tengah layan DVD di hall tapi si Azmi tetiba nyampuk “bila masa
pula kitorang tengok DVD ni?”. Rupa-rupanya tak ada seorang pun yang
tengok DVD pagi tu!! Dah tu, siapa yang aku nampak? Haru betul… Kaki aku
yang dari tadi menggigil makin bertambah kuat menggigil.
Tengah sibuk-sibuk berborak, aku terbau sesuatu yang kurang enak.
Member-member aku yang lain pun bau juga. Rupanya si Azmi terkencing
dalam seluar sebab takut sangat. Nasib baik malam tu tak ramai sangat
orang di Restoran Hakim tu. Malu betul. Aku pula boleh ternampak si Sam
pakai selipar sebelah lain. Dari sibuk-sibuk cerita seram terus jadi
cerita kelakar pula.
Tengah sibuk-sibuk ketawa, baru kitorang perasan yang si Salleh
dengan Naim tak ada dengan kitorang. Yang ada cuma kami berenam. Aku,
Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob dengan Lan. Dalam ramai-ramai tu cuma Bob
seorang saja yang bawa HP, so kitorang try call Naim tapi tak ada orang
angkat. Try call Salleh pula, sama juga tak ada orang angkat. Then, Lan
ambil HP Bob, dia baca apa entah agaknya, lepas tu dia suruh Bob call
Naim lagi sekali. Bob call dan buka loud speaker. Korang tahu apa jadi?
Ada suara perempuan mengilai. Gila-gila punya ngilai la sampai meremang
bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last-last kitorang sepakat
akan tunggu sampai pagi esok baru balik rumah tu semula dan cari Naim
dengan Salleh. Lepas dengar suara perempuan ngilai pada HP tu, tak ada
seorang pun di antara kitorang bercakap… Sampai Subuh!!
Pukul 7.30 pagi baru kami blah dari Hakim. Hati aku masih lagi kuat
berdebar-debar. Yang lain-lain aku tahulah. Sampai dekat depan rumah,
aku tengok pintu rumah dengan pagar terbuka seluas-luasnya. Kalau
pencuri masuk ni, memang dia akan kaya sebab laptop, wallet dengan HP
kami semua dibiarkan macam itu saja. Bulu tengkuk aku masih lagi
meremang. Tak ada seorang pun berani masuk rumah itu dahulu Aku ingat,
ada lah 20-30 minit kami duduk tercangak-cangak dekat depan rumah sebab
tak berani masuk. Entah macam mana agaknya HP Bob berbunyi.
Hati aku da x sedap. Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah.
Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani
tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya
Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak
hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon
nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama
ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang.
Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan
Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat
sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh
cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami
masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang,
aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat
mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok
keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan
kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa
umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak
sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap
Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk
tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf
sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku
masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal
juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu
kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah
sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku
tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh
tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua
dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama
ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut
belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada
pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.
Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan
dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi
kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus
terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak
beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja
dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang
sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang
berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku
suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk
rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat
belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab
itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn
ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena
juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya
la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta
tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat
tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh
kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu.
Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata
dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita
dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian
dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak
tahu sakit Saalleh. Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang
diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah
Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang
aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa
angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat
habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat
korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi
[agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat.
Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia
dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP
tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310
sumber : CariGold Forum
Jom Follow!!
Tuesday, September 18, 2012
Saturday, September 15, 2012
Sejarah , Info dan Kisah Seram di Lebuhraya Karak
LEBUHRAYA KARAK
Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya dua lorong bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997.
Lebuhraya persekutuan 2 lorong
Lebuhraya Karak pada asalnya dibina pada tahun-tahun 1970an oleh kerajaan Malaysia sebagai alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong (Laluan Persekutuan ) yang sempit dan bengkang-bengkok. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 2 (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Persekutuan). Lebuhraya tersebut mempunyai sebuah terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia.
Walau bagaimanapun, kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah agak mahal bagi Malaysia pada masa itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara pertanian pada masa tersebut. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan Lebuhraya Karak sebagai jalan raya tol bagi membantu mendapat pulangan bagi kos pembinaan. Hasilnya, 2 plaza tol dibina di Gombak dan Bentong dan lebuhraya tersebut diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lebuhraya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1977.
Lebuhraya ekspres berbilang lorong
Kepentingan Lebuhraya Karak sebagai laluan utama dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri pantai timur menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menaik taraf jalan raya 2 lorong tersebut kepada lebuhraya ekspres penuh berbilang lorong dengan membina satu lagi laluan tambahan bersebelahan dengan laluan asal. Dengan itu, lebuhraya tunggal 2 lorong tersebut dinaiktaraf menjadi sebuah lebuhraya berkembar dengan 6 lorong (3 lorong pada setiap hala) di bahagian antara Kuala Lumpur dan Persimpangan Genting Highlands dan 4 lorong (2 lorong di setiap hala) pada bahagian selebihnya.
Kerja-kerja menaik taraf termasuk pembinaan terowong kedua di sebelah terowong asal bagi membolehkan tambahan 2 lorong bagi lalu lintas arah timur, pembesaran plaza tol Gombak dan Bentong serta pembinaan persimpangan bertingkat bagi menggantikan simpang biasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa simpang yang tidak dapat dinaik taraf kepada persimpangan bertingkat disebabkan faktor geografi, maka beberapa pusingan-U dibina bagi membolehkan kenderaan dari arah bertentangan dapat keluar masuk ke simpang tersebut. Kerja-kerja menaik taraf selesai pada tahun 1997.
MTD Prime memegang konsesi Lebuhraya Karak serta Lebuhraya Pantai Timur. Lebuhraya Karak diberi kod setelah kerja naik taraf selesai, menyebabkan lebuhraya ini mempunyai 2 kod laluan. Akibatnya, sesetengah peta melabelkan Lebuhraya Karak sebagai manakala sesetengah peta yang lain pula melabelkannya sebagai Laluan Persekutuan . Walau apa pun kod laluan yang digunakan, kedua-duanya boleh digunakan bagi mewakili Lebuhraya Karak memandangkan lebuhraya itu sendiri adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan
KESELAMATAN
Sebagaimana jalan raya pergunungan yang lain, Lebuhraya Karak juga menghadapi risiko tanah runtuh terutamanya pada musim hujan. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan pergunungan termasuklah Lebuhraya Karak pada musim hujan bagi mengelakkan risiko tanah runtuh selain jalan penglihatan yang terhad. Had laju lebuhraya ini adalah 90 km/j. Bukan 110 km/j ye.
Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
Langsuir
Budak Sekolah (merayau-rayau)
Wanita Tua
Bas Lama
Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
Pontianak
Hantu Pocong
Hantu yang Makan orang (Paling popular)
Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).
MAKA TERSEBUTLAH KISAH….
1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.
2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.
3. Volkswagen kuning
Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga….. Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….
4. Kereta Misteri
KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.
Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.
Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.
“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar.
Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.
Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.
Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.
Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.
Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!
Jalan Karak LAMA
1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).
2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!
3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.
4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..
5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.
Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.
6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!
Cerita tegak bulu roma tak pasti kesahihannya. Wallahualam.
Sumber : CariGold Forum

Subscribe to:
Posts (Atom)